fbpx

Lima cedera bas ekspres langgar belakang treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba menjalankan operasi bagi mengeluarkan pemandu bas yang tersepit dalam kemalangan di Kilometer 290, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan hari ini.- IHSAN JBPM

IPOH – Pemandu sebuah bas ekspres cedera bersama empat penumpang kenderaan itu selepas bas yang dinaiki melanggar belakang sebuah treler di Kilometer 290, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 5.16 pagi.

Katanya, sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai dibantu sembilan anggota BBP Gopeng segera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres membawa 25 penumpang dipercayai melanggar belakang sebuah treler.

“Pemeriksaan mendapati pemandu bas parah akibat tersepit di bahagian kaki, manakala empat penumpang lain cedera ringan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, operasi menyelamat segera dilakukan bagi mengeluarkan pemandu bas dan memberi rawatan awal kepada mangsa yang tercedera.

Katanya, mangsa yang cedera dihantar ke hospital menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS dan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM).

“Difahamkan, mangsa yang tidak mengalami apa-apa kecederaan telah dihantar ke destinasi yang dituju menggunakan bas ekspres lain.

“Pemantauan lanjut dilakukan di lokasi kejadian bagi memastikan tiada unsur bahaya lain sebelum operasi ditamatkan pada pukul 6.45 pagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI