fbpx

Laporan forensik kes ‘Hot Daddy’ perlu masa disiapkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasli Ikhwan atau "Hot Daddy" (baju putih) ketika hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. - Foto oleh SADDAM YUSOF / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 2 Julai ini bagi sebutan kes seterusnya lelaki yang popular dengan panggilan “Hot Daddy” dan dua wanita yang tular dalam aplikasi X atas pertuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan.

Hakim Datin Fadzlin Suraya Mohd. Suah menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd. Latif
memaklumkan terdapat beberapa lagi dokumen berkaitan kes akan diserahkan.

“Pada hari ini pihak pendakwaan bersedia untuk menyerahkan dokumen dan pohon untuk satu lagi tarikh bagi memastikan dokumen yang ada (serahan). Sebagai contoh laporan forensik yang memerlukan sedikit masa untuk disiapkan,” kata Nidzuwan.

Mendengar perkara itu, peguam Shah Rizal Abdul Manan yang mewakili ketiga-tiga tertuduh kemudian tidak membantah sekiranya mahkamah menetapkan satu lagi tarikh lain bagi sebutan kes berkaitan penyerahan dokumen.

Mengikut pertuduhan ketiga-tiga tertuduh iaitu Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, dan dua lagi rakan wanitanya Norshazrina Md Zamri, 27, dan Norhidayah Mahadi, 24, didakwa bersama-sama membuat pengiklanan khidmat persundalannya menggunakan aplikasi X dimana orang yang munasabah akan memahaminya sebagai khidmat persundalan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Bukit Aman di sini pukul 10.10 pagi pada 16 Januari lalu.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan dan dibaca di bawah Seksysn 34 kanun yang sama yang memperuntukkan penjara maksimum 15 tahun dan dengan sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Sebelum ini ketiga-tiga tertuduh masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Sebelum ini pada 18 Januari lalu, media melaporkan ketiga-tiga mereka ditahan sebuah rumah di Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang, pada pukul 2.30 petang, Rabu lalu.

Lelaki itu dikesan melalui hasil maklumat dan risikan bahagian D7 JSJ Bukit Aman mengenai kegiatan mempromosikan aktiviti seks dirinya sendiri yang dirakam dan dijual untuk tontonan di platform Telegram. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI