fbpx

Kadar inflasi kekal 1.8 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kadar inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks direkodkan pada 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun
sebelumnya.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, pertumbuhan ini dipengaruhi terutamanya oleh peningkatan dalam Perkhidmatan Restoran dan Penginapan, 3 peratus; Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain, 3 peratus dan Penjagaan Diri, Perlindungan Sosial dan Pelbagai Barangan dan Perkhidmatan, 2.6 peratus.

Jelasnya, inflasi pada suku tahun pertama 2024 meningkat 1.7 peratus tahun ke tahun berbanding suku tahun yang sama tahun sebelumnya.

“Pada April 2024, inflasi kekal pada 1.8 peratus selama tiga bulan berturut-turut dengan mata indeks dicatatkan pada 132.4 berbanding 130.0 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

“Indeks Harga Pengeluar (IHPR) meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024 berbanding 0.3 peratus pada Februari 2024. Peningkatan ini disumbangkan oleh semua sektor, dengan pengembangan dalam perlombongan (8.3 peratus), pertanian, perhutanan dan perikanan (5.5 peratus), pembuatan (0.6 peratus), bekalan elektrik dan gas (0.1 peratus) dan bekalan air (6.0 peratus).

“Pada suku tahun pertama 2024, IHPR bagi pengeluaran tempatan meningkat 0.4 peratus berbanding negatif 1.0 peratus pada ST4 2023. IHPR terus meningkat sebanyak 1.9 peratus pada April 2024,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI