fbpx

Hujan lebat, ribut petir di Kedah dan Perlis pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (Metmalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang berlaku terutamanya di daerah utara Semenanjung, Kedah dan Perlis pagi ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, cuaca buruk itu berlaku di Perlis dan beberapa kawasan melibatkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar dan Pokok Sena.

“Cuaca buruk itu turut berlaku di kawasan Perairan Pulau Pinang dan Pahang serta Pantai Barat di Perak dan Selangor.

“Turut terkesan melibatkan beberapa tempat di Daerah Selatan Negeri Sembilan dan Johor,” ujarnya.

Selain itu, di Malaysia timur, hujan lebat juga melibatkan satu kawasan melibatkan Mukah di Sarawak.

“Cuaca sebelah petang pula, MetMalaysia meramalkan hujan lebat berserta ribut petir berlaku di beberapa tempat melibatkan Perlis, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kuala Lumpur.

“Di Sabah pula, cuaca buruk dilaporkan di kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan dan Kudat.

“Sementara itu, kebanyakan kawasan di Sarawak turut diramalkan hujan lebat melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri,” MetMalaysia dalam kenyataannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI