fbpx

Hujan lebat di Lembah Klang malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca lembap di sekitar barat dan selatan Semenanjung termasuk Lembah Klang pada malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, keadaan cuaca lembap itu dijangka berikutan kewujudan kelompok awan aktif berserta hujan di Sumatera Indonesia yang berada selari dengan arah barat daya.

“Kelompok awan aktif dan hujan di sekitar Sumatera yang bergerak selari dengan tiupan angin dari arah barat daya, berpotensi untuk memasuki rantau negara sehingga menyebabkan hujan lebat yang berterusan sehingga awal pagi esok.

“Di Sabah, cuaca baik tanpa hujan dijangkakan sepanjang malam ini, sebaliknya ribut petir dan hujan lebat diramalkan tertumpu sekitar Kapit, Bintulu, Sri Aman, Limbang dan Miri,” kata MetMalaysia.

Sementara itu, bagi status cuaca panas pula menunjukkan pemulihan yang baik dengan tiada negeri merekodkan suhu maksimum harian melebihi 35 darjah Celsius.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI