fbpx

Cubaan duda seludup syabu RM1.24 juta gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein bercakap ketika sidang akhbar di Bangunan AMC KLIA hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

SEPANG- Cubaan seorang duda menyeludup dadah jenis syabu yang dianggarkan seberat 38.8 kilogram dengan menaiki pesawat gagal selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA Terminal 2) di sini, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata, suspek yang juga seorang penganggur ditahan kira-kira pukul 4 pagi oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA dengan dibantu anggota polis bantuan Malaysia Airports.

“Polis merampas 37 bungkusan plastik mengandungi bahan disyaki dadah jenis syabu yang sedang dibawa suspek di dalam dua buah bagasi dengan anggaran berat 38.8 kilogram.

“Siasatan awal mendapati suspek mahu menaiki penerbangan menuju ke Sarawak,” katanya menerusi sidang akhbar di Bangunan AMC KLIA hari ini.

Beliau berkata, susulan daripada tangkapan yang dibuat, polis turut menahan seorang juruelektrik yang juga berstatus duda di sebuah bilik hotel di sekitar daerah ini kerana disyaki terlibat dalam sindiket sama.

Jelasnya, berdasarkan siasatan yang dijalankan, suspek bertindak sebagai keldai dadah dengan menerima bayaran upah kira-kira RM2,500 bagi setiap penghantaran dari ibu negara ke negeri tersebut.

“Suspek dipercayai datang ke ibu negara dan menginap di hotel sekitar KLIA ini dan mereka akan terima bekalan untuk dibawa ke Sarawak sama ada Sibu, Bintulu atau pun Miri,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI