fbpx

Banduan didakwa cabul rakan sel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
S. SITAMBARASAN dihadapkan di Mahkamah Majistret Melaka atas pertuduhan mencabul rakan selnya dua tahun lalu. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI / KOSMO!

MELAKA – Seorang banduan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencabul kehormatan rakan selnya, dua tahun lalu.

Tertuduh, A. Sitambarasan, 32, mengaku tidak bersalah sejurus empat pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni.

Berdasarkan tiga kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memeluk dan melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap mangsa berusia 24 tahun dengan niat hendak mencabul kehormatannya.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 12 tengah malam di dalam sel Penjara Sungai Udang dalam daerah Melaka Tengah antara 8 Oktober dan 10 Oktober 2022.

Tertuduh turut didakwa melakukan perbuatan sama terhadap mangsa sama di lokasi sama kira-kira pukul 1.30 pagi pada 12 Oktober 2022.

Bagi kesemua kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishhar tidak mencadangkan jaminan kerana tertuduh menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan dan menetapkan tarikh 28 Jun untuk serahan dokumen dan melantik peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI