fbpx

Tragedi helikopter TLDM: ‘Kami berlapang dada, terima qada dan qadar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noryani menunjukkan gambar kenangan bersama arwah ketika ditemui di rumahnya di Sik, baru-baru ini.

SIK – Keluarga kepada Pegawai Waran II Muhammad Faisol Tamadun, 36, berlapang dada dengan keputusan akhir laporan nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dikeluarkan hari ini.

Menurut kakak sulung kepada Allahyarham Muhammad Faisol, Noryani, 50, dia sekeluarga juga menganggap kejadian itu sebagai qada dan qadar yang perlu diterima.

“Memang sedih kerana ia mengorbankan nyawa adik saya dan mangsa-mangsa lain, namun nak buat macam mana kerana ia sudah terjadi.

“Kami reda dengan apa yang telah berlaku kepada arwah adik tetapi inilah qada dan qadar yang perlu diterima,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, katanya, balu arwah iaitu Nur Syuhada Jamil, 37, masih terkesan dan bersedih dengan pemergian arwah dalam nahas itu.

“Dia belum bersedia untuk ditemu bual. Baru-baru ini ada krew televisyen mahu temu bual tetapi dia menolak secara baik, seterusnya dia minta mereka temu bual saya mewakili keluarga,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI