fbpx

[VIDEO] Tragedi helikopter TLDM: Fennec tidak ikut laluan, ketinggian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan salah sebuah helikopter milik TLDM yang terhempas di Lumut, Perak, 23 April lalu.

KUALA LUMPUR – Keputusan akhir laporan nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 nyawa di Lumut, Perak pada 23 April lalu disebabkan dua faktor.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob berkata, faktor pertama adalah pesawat Fennec tidak berada pada ketinggian dan haluan yang telah ditetapkan serta memasuki laluan pesawat AW 139.

“Faktor sekunder, channelized attention oleh kru pesawat AW 139 yang tertumpu ke arah penukaran haluan telah mengehadkan reaksi mengelak pelanggaran,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di KD Sri Gombak, Jalan Padang Tembak di sini hari ini.

Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE

Abdul Rahman pada sidang akhbar di KD Sri Gombak, Jalan Padang Tembak di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI