fbpx

Terbuka Singapura: Jun Hao bergaya jinakkan pemain No. 7 dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUN HAO perlu menewaskan Axelsen esok sekiranya mahu melangkah ke separuh akhir Terbuka Singapura.

KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao melakar kejutan terbesar pada Kejohanan Badminton Terbuka Singapura apabila menyingkirkan pilihan ketujuh dari Indonesia, Anthony Ginting.

Pada aksi pusingan kedua yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura hari ini, bekas juara remaja Asia itu mencatat kemenangan tiga set 21-14, 10-21, 21-8 dalam tempoh 60 minit bagi menempah slot ke suku akhir.

Lebih manis, keputusan itu turut menyaksikan Jun Hao mencatat kemenangan pertama ke atas Ginting dalam tiga pertemuan selepas dua pertarungan sebelum ini memihak kepada pemain No.7 dunia berkenaan.

Kekalahan kepada Jun Hao pastinya menjadi tamparan hebat buat Ginting dalam persiapannya untuk menghadapi temasya Sukan Olimpik Paris 2024 Julai depan.

Menjelang aksi suku akhir esok, Jun Hao sekali lagi berpeluang mencipta kejutan apabila dijadualkan menentang pemain No.1 dunia dari Denmark, Viktor Axelsen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI