fbpx

Tang Jie-Ee Wei bangkit ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANG JIE (kiri) dan Ee Wei bangkit daripada ketinggalan 11-17 di set pertama untuk mara ke suku akhir Terbuka Singapura esok.

PETALING JAYA – Beregu campuran No.1 negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei meneruskan kemaraan ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Singapura yang sedang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura.

Pada aksi pusingan kedua hari ini, beregu No.9 dunia itu menyingkirkan pasangan Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje menerusi kemenangan straight-set 21-17, 21-18 dalam tempoh 40 minit.

Meskipun bermula agak perlahan di set pertama apabila ketinggalan 11-17, namun aksi tenang serta semangat juang ditunjukkan Tang Jie-Ee Wei menyaksikan mereka bangkit memastikan kemenangan 21-17.

Bermula set kedua, aksi seimbang ditampilkan kedua-dua beregu, namun lebih banyak dikuasai Tang Jie-Ee Wei sebelum mereka meneruskan kemaraan ke suku akhir menerusi kemenangan muktamad 21-18.

Turut melayakkan diri ke suku akhir esok adalah beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang mengejutkan pilihan kelapan dari China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi menerusi kemenangan 21-13, 21-16.

Kedua-dua pemain itu menampilkan aksi cukup meyakinkan sepanjang perlawanan tersebut, sekali gus merekodkan kemenangan ketiga ke atas beregu No.8 dunia berkenaan dalam lima pertemuan.

Dalam pada itu, nasib berbeza dialami beregu campuran profesional, Goh Soon Huat-Shevon Lai yang tidak dapat mengiringi rakan sepasukan ke suku akhir apabila terpaksa menarik diri ketika ketinggalan 22-20, 11-21, 1-11 kepada pasangan China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong.

Menjelang aksi suku akhir hari ini, Tang Jie-Ee Wei sekali lagi dijangka berdepan aksi sukar apabila bakal membuat perhitungan menentang pilihan keempat kejohanan dari Korea Selatan, Seo Seung Jae-Chae Yu Jung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI