fbpx

Sejuta fleet card tersedia untuk Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan bersama wakil syarikat minyak ketika gimik menyampaikan kad subsidi diesel kepada penerima pada Hari Terbuka Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Sebanyak sejuta ‘fleet card’ tersedia bagi memenuhi keperluan bagi pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) jika sistem itu dilaksanakan kelak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, ketersediaan itu penting bagi memastikan kesiapsiagaan dalam perancangan agenda penyasaran semula subsidi diesel.

Beliau berkata, pihaknya telah menggerakkan kerjasama dengan lima syarikat minyak termasuk Petronas, Shell, Petron, BHP dan Caltex bagi melancarkan program berkenaan.

“Jumlah satu juta fleet card itu disasarkan bagi memenuhi permintaan 23 jenis kenderaan yang layak melalui SKDS 2.0 yang dianggarkan berjumlah 410,000 buah kenderaan,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau Hari Terbuka SKDS 2.0 di sini, hari ini.

Katanya, permohonan bagi mendapatkan surat kelulusan SKDS 2.0 secara atas talian boleh dibuat melalui pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my/.

Pada masa sama, Armizan turut menyeru syarikat-syarikat yang layak memohon di bawah SKDS 2.0 untuk tidak bertangguh dan memohon bagi mendapatkan surat kelulusan sekali gus memohon fleet card daripada syarikat minyak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI