fbpx

Sanggup jilat telur demi pampasan RM52,820

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasar raya Zhiznmart diserbu oleh pelanggan yang datang untuk membuatkan diri mereka dijangkiti keracunan makanan. – Oddity Central

MOSCOW – Sebuah rangkaian pasar raya di Russia menjadi perhatian ramai selepas mengumumkan tawaran  pampasan 1 juta ruble (RM52,820) kepada pelanggan yang mengalami keracunan makanan disebabkan produknya, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Susulan pengumuman itu, pasar raya Zhiznmart diserbu  pelanggan yang datang untuk membuatkan diri mereka mengalami  keracunan makanan, sehingga ada yang sanggup menjilat telur-telur yang disusun di rak jualan supaya jatuh sakit.

Situasi itu dilaporkan bermula selepas 18 pelanggan dimasukkan ke hospital akibat keracunan makanan, yang didakwa berpunca daripada produk jualan Zhiznmart.

Disebabkan kejadian itu, sebilangan  pembekal enggan bekerjasama dengan syarikat berpangkalan di bandar Yekaterinburg tersebut, selain ia turut disiasat oleh pihak berkuasa kepenggunaan Russia, Rospotrebnadzor.

Justeru, untuk membersihkan namanya, pengasas Zhiznmart mengumumkan ikrar untuk membayar pampasan 1 juta ruble kepada sesiapa yang boleh membuktikan bahawa produk yang dibeli dari pasar raya itu menyebabkan mereka  keracunan makanan.

Pengumuman itu membuatkan orang ramai berebut-rebut membeli produk dari pasar raya itu dengan harapan mereka akan menerima pampasan tersebut.

“Orang ramai mengadu mengenai semua perkara termasuk makanan yang disediakan di kilang setelah lulus ujian keselamatan serta yang dimakan pada bulan April,” kata pengasas Zhiznmart, Ivan Zaichenko.

Disebabkan itu, Zaichenko tampil menjelaskan bahawa pampasan tersebut hanya akan dibayar kepada semua 18 mangsa yang dimasukkan ke hospital dan tidak melibatkan pelanggan lain.

“Sila ambil perhatian bahawa kami hanya akan membayar pampasan kepada kes yang dirujuk oleh siasatan Rospotrebnadzor.

“Mereka hanya terdiri daripada 18 orang, jadi tolong jangan jilat telur-telur itu kerana ia berbahaya,” katanya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI