fbpx

Penduduk serbu rumah berhantu minta nombor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk setempat berkunjung ke rumah tersebut untuk meminta nombor ramalam. – Khaosod

BANGKOK – Sebuah rumah terbiar di daerah Khwao Sinarin, wilayah Surin yang didakwa berhantu menjadi tumpuan penduduk setempat yang berkunjung untuk mendapatkan nombor ekor, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Rumah itu terbiar  kosong selama lebih dua tahun selepas kematian pemiliknya.

Penduduk berkata, mereka kerap melihat lembaga menyerupai mendiang mundar-mandir di rumah itu  pada waktu malam.

Dalam beberapa temu bual, saudara-mara mendiang mengesahkan kejadian aneh yang dilaporkan selain mendakwa bahawa mereka percaya ia adalah roh lelaki tersebut.

Kini, hartanah itu menjadi lokasi  penduduk setempat yang datang untuk meminta nombor ramalan.

Saudara perempuan mendiang, Chittra Klaokla berkata, abangnya meninggal dunia secara mengejut  dua tahun lalu.

Ketika mengadakan upacara kematian, mereka mengalami pelbagai kejadian menyeramkan seperti bunyi mangkuk dan periuk belanga diketuk.

Orang ramai yang datang ke rumah mendiang untuk melakukan upacara meminta nombor mendakwa bahawa mereka  diberi petunjuk daripada entiti  tidak diketahui mengenai nombor ramalan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI