fbpx

PDRM tubuh pasukan khas siasat kes jemaah haji terkandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman menubuhkan pasukan petugas khas (task force) bagi melaksanakan tindakan awal terhadap aduan jemaah haji terkandas.

Pengarahnya, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, terdapat satu laporan polis di Negeri Sembilan diterima berkenaan dakwaan terdapat jemaah haji yang terkandas di Mekah.

Jelas beliau, siasatan awal mendapati kes tersebut adalah menjurus kepada bidang kuasa siasatan Lembaga Tabung Haji (TH).

“Bagaimanapun, sebagai tindakan proaktif dalam menangani isu sebegini, JSJK telah menubuhkan satu pasukan khas berperanan melaksanakan siasatan serta tindakan awal terhadap aduan jemaah terkandas.

“Pasukan ini bakal bekerjasama dengan agensi kerajaan yang berkaitan dan akan memastikan tindakan selanjutnya diambil berpandukan peruntukan undang-undang yang tertentu dan sesuai dengan kesalahan dikesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Ramli, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan TH masing-masing mempunyai undang-undang yang berbeza bagi menangani isu sebegini sesuai dengan kesalahan berlaku.

Sehubungan itu, Ramli memaklumkan penubuhan pasukan khas itu bagi memastikan aduan diterima berkenaan isu jemaah haji terkandas dapat ditangani secara lebih efisien dan berkesan.

Terdahulu, media melaporkan, kira-kira 300 bakal jemaah haji yang sudah berada di Makkah dilaporkan terkandas apabila agensi yang menguruskan perjalanan mereka gagal menunaikan janji untuk mendapatkan kebenaran mengerjakan ibadah itu pada musim ini.

Bakal jemaah haji terbabit menyedari mereka diperdaya selepas mendapati pakej murah yang ditawarkan oleh agensi terbabit menggunakan visa pelancong bagi menunaikan ibadah itu.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI