fbpx

Leicester sama nasib seperti KDA FC?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEICESTER berdepan pemotongan mata sebelum aksi bermula sekiranya gagal menstruktur kewangan kelab sehingga berlaku pelanggaran PSR. - AFP

LONDON – Saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2024/25 belum lagi bermula, namun Leicester City sudah pun menerima khabar duka apabila berdepan kemungkinan dipotong mata akibat Peraturan Keuntungan dan Keseimbangan (PSR).

Sebuah kelab Liga Super Malaysia, Kedah Darul Aman (KDA) FC juga pernah menerima nasib sama bulan lalu apabila ditolak tiga mata oleh First Instance Body (FIB) sebelum saingan liga membuka tirainya kerana kegagalan membuat penyelesaian penuh tunggakan gaji bagi tahun 2023 selain turut dikenakan denda RM50,000.

Selepas memenangi Liga Kejuaraan Inggeris musim lalu dan dinaikkan pangkat ke Liga Perdana Inggeris (EPL), The Foxes berdepan banyak cabaran termasuk kehilangan khidmat pengurus, Enzo Maresca yang berhijrah ke Chelsea.

Ditambah pula dengan perkembangan terbaharu, juara EPL 2015/16 itu dijangka berdepan pemotongan sehingga 15 mata sekiranya tidak menyusun semula struktur kewangan sebelum kempen 2024/25 membuka tirai.

Sekiranya perkara tersebut terjadi, ia mungkin menjadi tamparan hebat buat Leicester dalam usaha mereka untuk mengekalkan kedudukan dalam saingan EPL menjelang saingan 2025/26.

Sebagai rekod, pemotongan mata dalam saingan EPL bukanlah perkara baharu memandangkan ia pernah dikenakan ke atas Everton dan Nottingham Forest pada saingan musim lalu kerana melanggar peraturan kewangan.

Situasi tersebut pastinya menjanjikan cabaran buat pengurus baharu yang bakal mengisi kekosongan ditinggalkan Maresca dalam usaha memastikan Leicester tidak terjerumus dalam zon penyingkiran.

Difahamkan, mereka bakal menerima pampasan sebanyak £8 juta (RM47.88 juta) daripada Chelsea, namun jumlah itu dikatakan masih belum mencukupi untuk Leicester menyelamatkan diri daripada dikenakan denda. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI