fbpx

Kredibiliti Fan Bingbing selaku duta pelancongan Melaka dipertikai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon popular China, Fan Binbing dilantik sebagai duta pelancongan Melaka.

PETALING JAYA – Pelantikan pelakon popular China, Fan Bingbing sebagai duta pelancongan negeri Melaka pada 25 Jun depan mencetuskan pertikaian apabila muncul kembali dakwaan dia disenarai hitam negara sendiri berikutan kes tidak membayar cukai.

Isu membabitkan bintang filem X-Men: Days Of Future Past itu didedahkan pempengaruh media sosial, Ceddy, yang mengatakan aktres berusia 42 tahun itu pernah menghilangkan diri ketika kesnya dalam siasatan pihak berkuasa China sekitar 2018.

Akibat mengelak dan memberikan maklumat palsu berkaitan pendapatannya, aktres yang berada dalam senarai Forbes China 10 selebriti dengan bayaran tertinggi itu didenda kira-kira AS$120 juta (RM564 juta)

Kata Cheddy lagi, situasi itu tampak pelik kerana kerajaan negeri mahu menggunakan popularitinya menarik kehadiran pelancong China namun dia ‘dikantoikan’ pihak berkuasa negaranya sendiri sehingga digam.

Di China, ini dipanggil ‘block’ yang pada asasnya Fan Bingbing berada dalam senarai hitam sebelum mendapat tempat di sini.

“Adakah dia masih mempunyai kuasa bintang di sini? Saya fikir begitu kerana ramai orang menyanjungnya kerana cantik dan banyak persembahan besar ketika itu.

“Mungkin orang tempatan akan cakap ‘OMG tempat ini Fan Bingbing pernah pergi makan’, tetapi tidak pasti bagaimana perasaan pelancong dari China,” tulisnya menerusi ciapan di X.

Pempengaruh popular itu turut memuat naik paparan daripada laman berita radio BFM News mengenai berita pertemuan wakil pengurusan selebriti yang diketuai pengurusnya Jersey Chong terbabit dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Dalam hantaran itu, kedua-dua pihak dikatakan membincangkan lawatan artis berkenaan ke Melaka yang dijadualkan pada 14 hingga 16 Jun depan.

Saya percaya kehadiran Fan Bingbing yang dilantik sebagai duta TMM 2024 (Tahun Melawat Melaka 2024) akan menarik lebih ramai pelancong terutama dari China dan Asia untuk melawat Melaka,” kata
Ab. Rauf.

Menjengah maklum balas netizen, rata-rata sependapat dengan kenyataan Ceddy malah, ada yang mencadangkan agar personaliti berbangsa Cina tempatan dipilih sebagai duta.

Ada juga pengikutnya bergurau apabila memetik nama pengarah sensasi, Michael Ang yang didakwa lebih sesuai menggalas tugas tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI