fbpx

EPL: Mo Salah buat keputusan masa depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH mungkin akan terus kekal bersama Liverpool sehingga kontraknya berakhir penghujung musim depan. - AFP

LIVERPOOL – Penyerang Liverpool, Mohamed Salah memberi gambaran untuk terus menyarung jersi pasukan itu dan membantu The Reds meraih kejuaraan meskipun sudah berada dalam tahun terakhir kontrak.

Pemain yang menerima bayaran gaji hampir £400,000 (RM2.39 juta) seminggu itu dikatakan sedang membuat pertimbangan sama ada untuk terus kekal di Anfield ataupun mencari angin baharu di liga lain.

Bagaimanapun, perkembangan terbaharu menyaksikan dia mungkin kekal untuk sekurang-kurangnya semusim lagi dan beraksi di bawah kendalian pengurus baharu, Arne Slot sehingga tamat kontrak.

“Kami semua tahu bahawa trofi amat penting untuk pasukan ini, jadi kami sedia untuk memberikan segala-galanya bagi memastikan cita-cita dapat dicapai pada saingan musim baharu nanti.

“Saya percaya penyokong-penyokong Liverpool berhak untuk berasa gembira, oleh itu kami akan berikan segala-galanya di atas padang nanti. Kami masih dahagakan trofi kejuaraan,” kata Salah.

Sebelum ini, Salah sudah beberapa kali dikatakan bersedia untuk meninggalkan pasukan itu, terutamanya selepas pasukan Liga Pro Saudi (SPL), Al-Ittihad hadir dengan tawaran £150 juta (RM897.84 juta) musim lalu.

Meskipun ditolak Liverpool dan Salah sebelum ini, namun SPL menerusi ketua eksekutif bola sepak, Michael Emenalo akan kembali berunding bagi mendapatkan khidmat pemain antarabangsa Mesir itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI