fbpx

Bukti Lady Gaga, sejuta kali lebih dres daging mentah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Selepas sengkang dua tahun, pemilik nama lengkap Stefani Joanne Angelina Germanotta itu mengejutkan para peminatnya seluruh dunia yang digelar Little Monsters dengan kehadiran filem konsert, Gaga Chromatica Ball. 

Diarahkan dan diterbitkan Lady Gaga sendiri, Gaga Chromatica Ball membuktikan susuk yang cukup dikenali dengan imej futuristik itu sememangnya a force to be reckoned with (seseorang yang berkuasa dan tidak boleh diabaikan). 

Menghabiskan masa sekitar 1 jam 47 minit, penulis juga antara jutaan peminat yang kagum dengan Gaga bukan sahaja dia sebagai seorang penghibur, bahkan sebagai pengarah dan penerbit naskhah berkenaan. 

Gaga Chromatica Ball terus memberi bukti konkrit bahawa wanita berusia 38 tahun itu tidak pernah ‘hilang’ dari industri seperti didakwa sebilangan pemerhati. Dia hanya menderas matang dalam dunia seni mengerjakan banyak cabang lain tidak seperti waktu debutnya 20 tahun lalu.

Macam datang konsert

Menyentuh tentang kualiti filem, Gaga Chromatica Ball membawa audiens menyelami naratif perjalanan awal, semasa dan (sedikit) akan datang Gaga. Semestinya, apa yang dipaparkan memberi peluang kepada kelompok peminatnya merasai pengalaman seperti ‘berkunjung’ ke konsert. 

Tidak hanya menyanyikan lagu yang daripada album Chromatica, pada Act 1, Gaga mendendangkan lagu yang mensinonimkan namanya di mata dunia iaitu Bad Romance, Just Dance dan Poker Face

Gaga membuktikan dia bukan hanya seorang penghibur versatil bertaraf superstar, dia juga terlibat dalam perihal teknikal seperti pengarahan dalam Gaga Chromatica Ball. – HBO

Sungguh, dari segi visual, tarian, emosi dan ‘komunikasi’ dengan peminat, Gaga memang berada pada kelas tersendiri. Tiada yang lompong dan kesemua elemen yang disebutkan itu diadun serta diterjemah dengan kecemerlangan yang tiada tolak banding. 

Barangkali, ada yang menurunkan kritikan bahawa editing atau suntingan Gaga Chromatica Ball agak trippy (dibaca: amatur), namun buat penulis secara peribadi, energi itu adalah pilihan yang disengajakan bersesuaian dengan konsep Chromatica yang bernuansa ball atau acara tari tarian. 

Selain komitmen kualiti vokal, tarian dan visual yang luar biasa, antara segmen yang membuatkan penulis menghormati jenama Lady Gaga adalah ketika dia bersatu dengan elemennya iaitu bermain piano. 

Versatil, suara

Gaga mendendangkan Shallow, Always Remember Us This Way, The Edge Of Glory dan Angel Down menerusi segmen piano. Tidak hanya menyanyi kosong, beliau turut memberikan mesej buat lebih 52,000 penonton di Dodger Stadium,  Los Angeles, Amerika Syarikat. 

Gaga Chromatica Ball diluncurkan pemenang 13 trofi Grammy itu selepas dua tahun menamatkan siri konsert jelajahnya.

Antara yang dititipkannya adalah setiap manusia mempunyai hak dan tiada masalah untuk bersuara tentang sesuatu perkara. 

Alangkah hebatnya jenama Gaga andai dia turut bersuara tentang apa yang sedang berlaku di Palestin sekarang memandangkan dia juga terkenal dengan kerja-kerja aktivisme tidak mengenal jantina, bangsa dan warna kulit. 

Malangnya, buat mereka yang mengekori rapat kerjaya seni Gaga, dia sememangnya bersahabat baik dengan Joe Biden dan merupakan antara individu yang berkempen buat susuk politik itu. 

Dari sudut pandang seni, Gaga adalah manusia yang paling versatil. Beliau seorang vokalis, penari, penghibur tidak asing lagi di pentas Grammy Awards, pelakon bertaraf Academy Awards, aktivis kemanusiaan, usahawan kosmetik dan kini pengarah dan penerbit filem. 

Itu semua kian dibuktikan menerusi Gaga Chromatica Ball. Seperti apa ditulis pada perenggan kelima, pada penghujung filem, pemenang 13 trofi Grammy itu ‘membocorkan’ era baharu dunia muziknya. Diskografi yang ditunggu-tunggu ramai bakal diluncurkan sedikit masa sahaja lagi.

Filem Gaga Chromatica Ball kini boleh ditonton menerusi HBO GO sejak 26 Mei lalu dan rata-rata pemerhati seni memberikan respons positif terhadap projek berkenaan. 
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI