fbpx

Anwar umum baucar buku RM100 untuk pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA pengunjung yang membanjiri PBAKL di WTCKL semalam.

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengumumkan pemberian baucar buku bernilai RM100 bagi memupuk amalan membaca dalam golongan muda di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, baucar itu ditawarkan kepada pelajar sekolah rendah dari tahun empat sehingga ke sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT).

Baucar berkenaan boleh dituntut melalui mekanisme yang akan diumumkan mulai pukul 2 petang esok.

Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) diminta untuk mengemukakan kaedah dan merangka senarai buku yang boleh dibeli menggunakan baucar tersebut.

“Anjurkan senarai buku-buku supaya wang itu digunakan untuk beli buku diusulkan dan sebahagiannya boleh memilih (buku) sendiri.

“Amalan lalu, buku dipilih tidak bernilai, picisan. Selalu saya sebut minat belajar dan mencintai ilmu ini memberi kewarasan, kebijaksaan dan hikmah,” katanya ketika berucap semasa merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.

Anwar turut mengingatkan golongan guru dan ibu bapa supaya membantu pelajar dan anak-anak untuk menilai ilmu dengan sebaiknya.

“Sekarang ini dunia melahirkan pelbagai kemudahan baharu jadi percambahan maklumat perlu dipastikan berharga atau tidak.

“Mesti latih anak-anak supaya dapat membaca menentukan informasi, pengetahuan dan kebijaksanaan,” katanya.

Tambahnya, amalan membaca mesti dihidupkan supaya menjadi sebuah negara yang dapat memperkasa ekonomi, budaya dan mengangkat martabat sebagai manusia yang mempunyai akhlak dan menguasai ilmu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI