fbpx

Anwar ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan, Hari Gawai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster ucapan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai di Facebook Anwar.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada masyarakat Sabah dan Sarawak.

Anwar dalam satu hantaran berkata, kedua-dua perayaan itu mampu menjadi asas kepada semangat perpaduan dan kerukunan buat seluruh rakyat Malaysia meski berlainan etnik, ras atau kaum.

“Semoga sambutan ini juga menyemarakkan perasaan kasih sayang dan keamanan berkekalan, serta melimpahkan rezeki dan kemakmuran buat negara.

“Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan dan Gayu Guru Gerai Nyamai kepada seluruh masyarakat Sabah dan Sarawak yang meraikannya,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI