fbpx

Anggota TLDM cedera dibelasah penyokong bola sepak PASKAL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video kejadian rusuhan di Stadium TLDM Lumut yang tular dalam media sosial.

LUMUT – Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) cedera dibelasah sekumpulan lelaki dipercayai anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) ekoran salah faham dalam perlawanan bola sepak di Stadium TLDM Lumut pada Isnin lalu.

Mangsa yang berusia 26 tahun mengalami kecederaan di bahagian muka, kepala, leher kiri dan rusuk kanan dan menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Pangkalan TLDM Lumut.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, kejadian berlaku pada pukul 7.15 malam ketika mangsa menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Markas Pangkalan TLDM dengan PASKAL.

“Secara tiba-tiba pihak penyokong pasukan PASKAL memukul pengadu beramai-ramai kerana tidak berpuas hati dan menuduh mangsa ada menunjukkan isyarat jari tengah kepada mereka.

“Pengadu menafikan dia berbuat demikian kepada penyokong pasukan lawan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung di sini pada pukul 12.53 tengah hari kelmarin. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI