fbpx

3 peluru berpandu terkena kapal kargo Greece

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan kapal kargo Laax. – MARINETRAFFIC

SANAA – Pemberontak Houthi menyatakan semalam bahawa mereka menyerang sebuah kapal kargo milik Greece dan beberapa kapal lain sebagai membalas serangan Israel ke atas bandar Rafah di Semenanjung Gaza.

Kapal kargo Laax  yang mengibarkan bendera Kepulauan Marshall dan dikendalikan oleh Greece  dilaporkan terkena tiga peluru berpandu kelmarin, demikian menurut Markas Pusat Perintah Amerika Syarikat (CENTCOM) dan sebuah firma keselamatan maritim.

“Kapal ini rosak tetapi meneruskan pelayarannya,” kata CENTCOM dan Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom(UKMTO).

Jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree pula memaklumkan di platform X kelmarin bahawa Laax terkenal bedilan tepat dan rosak teruk.

Menurutnya, pemberontak Houthi turut menyerang lima kapal lain.

“Siri serangan ini sebagai membalas jenayah Rejim Zionis terhadap pelarian di Rafah,” kata Saree.

Puak Houthi kemudian menyatakan dalam satu kenyataan bahawa mereka turut menembak jatuh  sebuah dron Amerika Syarikat yang melancarkan ‘operasi serangan’ di Yemen.

Militia Houthi telah menyerang kapal-kapal dagang yang belayar di sekitar Laut Merah dan Teluk Aden sejak November tahun lalu. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI