fbpx

14 aktivis Hong Kong bersalah perbuatan subversif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis cuba mengawal petugas media di luar Mahkamah Majistret Kowloon Barat di Hong Kong hari ini. – AFP 

HONG KONG – Sebuah mahkamah tempatan hari ini mendapati 14 orang bersalah melakukan perbuatan subversif dalam kes terbesar terhadap aktivis prodemokrasi sejak China menguatkuasakan undang-undang keselamatan nasional di Hong Kong untuk membanteras penentang.

Keputusan itu mengakhiri perbicaraan panjang yang menyaksikan 47 orang didakwa kerana menganjurkan pilihan raya tidak rasmi pada 2020, aktiviti yang dianggap sebagai ancaman terhadap pemerintah.

Seramai 14 tertuduh didapati bersalah. Mereka bersama 32 aktivis lain yang mengaku bersalah, berdepan hukuman penjara seumur hidup. Dua daripada aktivis berkenaan pula didapati tidak bersalah.

“Pada pandangan kami, perbuatan ini akan mencetuskan krisis perlembagaan di Hong Kong,” kata kenyataan mahkamah semasa merumuskan keputusan panel hakim yang mengadili kes mereka. 

Pemerintah komunis China menguatkuasakan undang-undang keselamatan nasional di Hong Kong selepas berjuta-juta orang membanjiri jalan-jalan raya dalam protes prodemokrasi yang kadang kala bertukar ganas.

Kesemua 47 aktivis itu ditangkap dalam serbuan waktu subuh pada Januari 2021 dan didakwa melakukan subversif kerana menganjurkan pilihan raya tersebut, bertujuan untuk menyenarai pendek calon untuk Parlimen Hong Kong.

Penangkapan mereka merupakan sebahagian daripada kempen untuk menghapuskan penentang yang mengubah senario politik Hong Kong. Beijing telah berjanji untuk membenarkan kebebasan apabila ia mengambil alih semula wilayah itu daripada Britain dalam tahun 1997. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI