fbpx

Zii Jia tarik diri Terbuka Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENARIKAN diri Zii Jia memberikan kemenangan percuma kepada Ginting ke pusingan kedua Terbuka Singapura hari ini.

PERSEORANGAN lelaki profesional negara, Lee Zii Jia terpaksa mengambil keputusan sukar apabila menarik diri daripada menyertai Kejohanan Badminton Terbuka Singapura yang bermula semalam.

Keputusan tersebut dibuat selepas pemain No.9 dunia itu dinasihatkan doktor supaya tidak meneruskan hasratnya beraksi di Terbuka Singapura akibat masalah kecederaan hamstring.

Zii Jia sepatutnya turun menentang perseorangan kedua Indonesia, Anthony Ginting hari ini, namun keputusan menarik diri menyaksikan lawannya itu mendapat kemenangan percuma ke pusingan kedua.

“Satu keputusan sukar untuk menarik diri daripada Terbuka Singapura, tetapi selepas penilaian perubatan di Singapura, Lee Zii Jia dinasihatkan tidak menyertainya ekoran kecederaan hamstring dialami di Terbuka Thailand dan Malaysia Masters.

“Program Zii Jia sekarang ini tertumpu kepada proses pemulihan,” kata Team Lee Zii Jia (Team LZJ) menerusi kenyataan dimuat naik di laman X pasukan itu semalam.

Bekas juara Asia dan All England itu berdepan masalah kekejangan otot selepas beraksi menentang Anders Antonsen pada suku akhir Malaysia Masters sehingga terpaksa dirujuk ke Institut Sukan Negara (ISN).

Meskipun dibelenggu masalah kekejangan otot, namun Zii Jia masih mampu melangkah ke perlawanan akhir sebelum tewas dalam aksi tiga set 6-21, 22-20, 13-21 kepada pemain No.1 dunia dari Denmark, Viktor Axelsen.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia terus kemarau meraih gelaran dalam acara perseorangan lelaki pada Malaysia Masters selepas kali terakhir dilakukan legenda badminton tanah air, Datuk Lee Chong Wei lapan tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI