PUTRAJAYA – Laporan penuh nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya pada 23 April lalu akan dikeluarkan esok.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Jemaah Menteri hari ini dimaklumkan mengenai status laporan penuh nahas tersebut
Beliau berkata, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah memaklumkan kepada Jemaah Menteri status terkini laporan penuh itu. – KOSMO! ONLINE