fbpx

Suami sakit jantung berlubang, anak pula kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masyitoh (kiri) bersama suaminya serta tiga daripada empat anak mereka ketika ditemui di Kampung Permatang Gedong, Sungai Petani baru-baru ini.

SUNGAI PETANI – Seorang peniaga kuih menggalas tanggungjawab besar menyara keluarga setelah suami yang menjadi tempat bergantung diuji dengan penyakit jantung berlubang sejak 10 tahun lalu.

Menurut Masyitoh Aziz, 40, sejak itu dia menyara keluarga termasuk empat anak berusia 6 hingga 21 tahun dengan pendapatan kira-kira RM30 sehari hasil jualan kuih-muih.

Lebih menyedihkan, suami­nya, Mohd. Shaaziran Othman, 52, dan anak sulungnya, Siti My­sarah, 21, terlibat dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini.

“Kereta yang dipandu suami bertembung dengan motosikal ditunggang anak kami ketika melalui satu selekoh berhampiran rumah.

“Akibat kemalangan itu, Siti Mysarah dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani akibat kecederaan serius di kaki, suami pula tidak cedera.

“Alhamdulillah saya terima bantuan zakat RM300 sebulan, namun jumlah itu tidak mencukupi untuk menampung per­belanjaan kami sekeluarga,” kata­nya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Permatang Gedong, di sini baru-baru ini.

Menurut wanita itu, suami­nya sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori, namun terpaksa berhenti kerana sakit dada dan sesak nafas sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital.

“Sebelum ini anak sulung juga tidak dapat bekerja kerana membantu saya menguruskan adik-adiknya sekiranya saya perlu menjaga suami di hospital,” ujarnya.

Terdahulu, keluarga itu menerima kunjungan Penyelaras Dewan Undangan Negeri Bakar Arang, Faizal Zailan yang mewakili kerajaan negeri menyampaikan sumbangan tunai dan makanan.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyumbang menerusi Maybank bernombor 152050369353 atas nama Mohd. Shaaziran atau menghubunginya di talian 017-4430351.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI