fbpx

Silibus terlalu tinggi antara punca Matematik ‘killer’ subjek – Cikgu Fadli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Keputusan Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan Isnin lalu menyaksi Matematik menjadi subjek ‘killer’ pada tahun ini.

Menurut bekas guru, Mohd Fadli Salleh, perkara itu bukan baharu dan sudah bertahun subjek itu ‘menghantui’ pelajar.

Jelasnya, perkara itu berlaku sejak murid kumpulan pertama Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) menduduki SPM.

“Zaman ada UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah), Matematik menjadi killer subjek untuk batch KSSR. Sebelum tu Matematik adalah subjek paling ramai lulus selepas BM (Bahasa Melayu).

“Calon SPM tahun 2023 merupakan batch (kumpulan) yang masih menduduki UPSR. So tak boleh nak kata sebab exam UPSR tak ada menyebabkan hampir 23 peratus calon gagal,” tulisnya di laman Facebook.

Mengulas lanjut, Mohd Fadli berkata, tiga faktor utama ramai pelajar SPM gagal Matematik.

“Pertama, silibus terlalu tinggi, kedua, bilangan waktu belajar tidak mencukupi dan ketiga kelas terlalu padat.

“Pada saya itulah faktor utama. Saya tutup artikel ni dengan satu soalan, berapakah gred lulus Matematik dalam SPM 2023?,” soalnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI