fbpx

Regu ‘emas’ negara resahkan Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZLAN (kanan) dianggap pemain yang cukup disegani Thailand kerana berjaya menewaskan wakil mereka sebanyak dua kali di Piala Dunia Sepak Takraw lalu.

AKSI memukau yang dipamerkan trio regu emas negara terutama menerusi gandingan yang diketuai apit kiri, Farhan Adam, Syahir Rosdi dan ‘killer’ terbaik dunia, Azlan Alias mendapat perhatian jurulatih sepak takraw Thailand, Prawet Intra.

Katanya, Malaysia sudah buktikan mereka adalah pencabar terhebat kepada Thailand apabila melakukan kejutan melakar kemenangan menerusi dua kejuaraan dalam acara double dan regu apabila mengatasi skuad Gajah Perang itu di pentas final.

Prawet percaya bahawa sekiranya regu Malaysia menampilkan aksi terbaik seperti itu sekali lagi, sudah pasti ia akan memberi masalah kepada skuad Gajah Perang sewaktu di Piala Raja Thai September depan.

“Malaysia telah membangunkan skuad sepak takraw dengan cukup baik menerusi saingan Liga Sepak Takraw (STL), Division 1 dan membuat persiapan cukup baik sebelum sertai Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Kuala Lumpur.

“Sebab itu, kita dapat lihat di mana Malaysia berjaya menewaskan Thailand dalam acara double dan regu. Ini satu keputusan yang mengejutkan buat saya dan juga rakyat Thailand sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Prawet juga percaya bahawa perejam terbaik negara, Azlan boleh angkat sebagai ‘killer’ No. 1 Malaysia selepas dua kali melibas Thailand dalam acara regu dan mencatat satu kemenangan pertama dalam acara berpasukan.

“Malaysia mempunyai pemain yang sangat bagus. Buat masa sekarang, saya boleh katakan dia (Azlan) ‘killer’ nombor satu (Malaysia). Ini kerana dia berusaha dan bijak menggunakan teknik,” kata Prawet yang pernah menggalas tugas sebagai tekong skuad emas Thailand di Sukan Asia Busan 2002.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI