fbpx

Pyongyang hantar belon dipenuhi sampah ke Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa bahan tidak dikenali dipercayai risalah propaganda Korea Utara turut ditemui di sebatang jalan di Seoul semalam. - AFP

SEOUL – Korea Utara menghantar sejumlah belon dipenuhi dengan sampah, kertas tandas dan apa yang disyaki sebagai najis haiwan ke negara jirannya, Korea Selatan, lapor media tempatan hari ini, dalam tindakan yang diselar oleh Seoul.

Beberapa gambar menunjukkan belon putih yang mengandungi beg sampah dan najis dikongsi secara meluas oleh media Korea Selatan.

Ia berlaku selepas Pyongyang memberi amaran pada hujung lalu bahawa ia akan ‘membanjiri’ kawasan sempadan dengan ‘timbunan kertas buangan dan najis’ untuk menghukum Seoul.

Ketua Turus Bersama Seoul berkata, objek dipercayai risalah propaganda Korea Utara telah dikenal pasti di kawasan sempadan Gyeonggi-Gangwon, manakala tentera Korea Selatan  sedang mengambil tindakan.

“Rakyat perlu mengelak daripada melakukan aktiviti luar, tidak bersentuhan dengan sebarang objek yang tidak dikenal pasti dan melaporkannya kepada pangkalan tentera atau polis terdekat,” katanya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada AFP.

Tambahnya, tindakan Korea Utara jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan mengancam keselamatan rakyat Korea Selatan secara serius.

“Kami dengan tegas memberi amaran kepada Pyongyang supaya segera menghentikan tindakan tidak berperikemanusiaan dan kelas rendahnya,” tambahnya. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI