fbpx

Pulau Pinang mohon Kerajaan Pusat kembalikan 20 peratus hasil kutipan cukai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow ketika Sidang DUN Pulau Pinang, hari ini.

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri memohon Kerajaan Pusat mengkaji semula sistem agihan cukai kepada negeri dengan memulangkan sekurang-kurangnya 20 peratus hasil cukai yang dikutip daripada Pulau Pinang kepada negeri itu semula.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, sekiranya Kerajaan Pusat memulangkan semula hasil cukai dengan kadar yang dipohon itu, setiap tahun Pulau Pinang akan memperoleh sekurang-kurangnya RM1 billion hasil cukai dan ia boleh membantu merancakkan pembangunan negeri itu.

“Kita perlu kaji semula sistem pengagihan (cukai) kepada negeri-negeri dalam Persekutuan, kalau boleh kita minta daripada Pusat hasil cukai yang dikutip sekiranya dapat dipulangkan kepada negeri, agihan menerusi projek-projek itu lain ceritanya.

“Kita mohon 20 peratus hasil cukai dipulangkan balik kepada negeri, jadi setiap tahun kita akan ada RM1 bilion lebih (hasil agihan cukai),” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Kon Yeow (DAP-Padang Kota) menjawab soalan Gooi Hsiao Leung (PKR- Bukit Tengah) mengenai langkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri untuk berkolaborasi dengan Kerajaan Pusat berhubung Pelan Strategik Semikonduktor Kebangsaan (NSS).

Menurutnya, mengikut maklumat daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sekurangnya-kurangnya RM7 billion hingga RM8 bilion cukai dikutip dari Pulau Pinang setiap tahun. – KOS MO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI