fbpx

MotoGP: Sistem Ducati sukarkan Martin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTIN mengakui perkongsian data melibatkan semua jentera Ducati membuatkan persaingan menjadi sukar. - AFP

LONDON – Pelumba Sepanyol, Jorge Martin mengakui perkongsian data bersama Francesco ‘Pecco’ Bagnaia dan Marc Marquez menyukarkannya untuk berjuang mencipta kemenangan.

Martin berputih mata untuk melakar kemenangan di Grand Prix (GP) Catalunya selepas dipintas Bagnaia pada baki enam pusingan terakhir.

“Saya sangat gembira dengan apa yang saya capai kerana dari tempat ketujuh mampu menamatkan saingan di kedudukan kedua. Saya rasa, kami berada di jalan yang betul terutama pada perlumbaan hari Ahad.

“Pada pusingan pertama saya sudah berada di tempat ketiga. Kemudian saya dapat memintas Pedro Acosta dan Pecco pula mengejar saya.

“Saya cuba untuk kekal tenang, dia (Pecco) memintas saya, saya cuba mengekorinya tetap tayar belakang saya ada masalah. Jadi, saya terpaksa berpuas hati tempat kedua,” katanya

Ketika diminta mengulas mengenai perkongsian data, Martin mengakui sukar kerana segala butiran diketahui pasukan lawan.

“Apapun, mengenai perkongsian data sememangnys sukar kerana semua butiran melibatkan kelemahan mahupun kelebihan jenteras akan dikongsikan, tiada rahsia.

“Pelumba yang sempurna tidak wujud, tetapi kami bertiga (Pecco, Marquez) mempamerkan aksi menakjubkan. Saya dapat lihat Pecco lebih kuat dalam brek, Marc lebih kuat ketika di selekoh,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI