fbpx

Lelaki asing rasuah polis dipenjara sebulan, denda RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md Sabber (tengah) tiba di pekarangan Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Cubaan seorang operator kilang warga Bangladesh memberi rasuah sebanyak RM249 kepada anggota polis Januari lalu membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman satu bulan penjara dan denda RM10,000 di Mahkamah Sesyen Butterworth, di sini hari ini.

Tertuduh, Md Sabber Rahman,45, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam Bahasa Melayu di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa secara rasuah menawarkan satu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM249 kepada seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal agar tidak mengenakan tindakan undang-undang ekoran tertuduh tiada lesen memandu selain pasport tamat tempoh.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 9 Januari lalu di Balai Polis Machang Bubok, Bukit Mertajam kira-kira pukul 7.20 petang.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Afiqa Liyana Rozman dan Noor Azura Zulkiflee manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam pada itu, Zulhazmi turut memerintahkan wang tunai bernilai RM249 dilucut hakkan kepada Kerajaan Malaysia mengikut Seksyen 40(1)(a) Akta SPRM 2009. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI