fbpx

Kosmo! menang tempat ketiga Anugerah Media Agrobank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Farid menerima anugerah pada Malam Anugerah Media Agrobank, di Hotel Sheraton, Petaling Jaya hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!

PETALING JAYA – Akhbar Kosmo! mengungguli tempat ketiga bagi kategori Anugerah Media Cetak & Portal Berita (Berita Terbaik) pada Malam Anugerah Media Agrobank 2023/2024 di Hotel Sheraton, di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, wartawan Kosmo! Muhammad Farid Ahmad Tarmiji menang kategori tersebut menerusi laporan ‘Siswa UPM tuai hasil rock melon’

Muhammad Farid membawa pulang wang tunai RM1,000 berserta trofi.

Dalam pada itu, Anugerah Media Agrobank 2023/2024 yang julung kalinya diadakan menerima lebih 100 penyertaan menerusi enam kategori dipertandingkan.

Antaranya, Anugerah Media Cetak & Portal Berita bagi Berita Terbaik dan Rencana Terbaik, Anugerah Media Penyiaran Televisyen & Video Dalam Talian bagi Berita Terbaik dan Dokumentari, Anugerah Media Radio dan Anugerah Sains & Teknologi Pertanian Rakan Tani Muda Agrobank.

Agrobank juga muncul sebagai syarikat perbankan pertama menganjurkan anugerah media bagi menghargai jasa dan idea para pengamal.

Sementara itu, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, menerusi laporan-laporan berita ini, ia meningkatkan serta menyokong imej Agrobank sebagai sebuah Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) yang berperanan penting terutama dalam pembangunan sektor pertanian dan keterjaminan makan.

“Anugerah Media Agrobank pada tahun ini adalah salah satu usaha kami untuk memartabatkan bidang penulisan dan kewartawanan melalui penyertaan karya yang berkaitan pertanian atau fungsi, peranan, inisiatif Agrobank.

“Melalui pengiktirafan anugerah pada malam ini, pihak Agrobank berharap rakan-rakan media akan terus bersemangat untuk mendorong diri dalam memartabatkan industri kewartawanan serta menghasilkan karya-karya yang berkualiti walau apapun cabaran yang dihadapi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI