fbpx

Isu ‘surat layang’ FAM hampir selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tan Sri Dr. Aseh Che Mat (bawah, tiga dari kanan) ditemui ketika menghadiri seminar integriti di Wisma FAM, Kelana Jaya sebentar tadi. - Foto ihsan FAM

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) boleh menarik nafas lega apabila ‘maruah’ badan induk itu semakin hampir untuk dipulihkan susulan isu penularan surat layang pada April lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM, Tan Sri Dr. Aseh Che Mat berkata, siasatan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Kata Dr. Aseh, buat masa sekarang pihaknya menunggu laporan akhir daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berhubung isu surat layang yang dijangka siap dalam masa terdekat.

“Kita sudah serahkan kes surat layang kepada SPRM untuk melakukan siasatan merangkumi dakwaan salah guna pemberian tender dalam projek pembinaan Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) yang dianggarkan bernilai RM25 juta.

“Siasatan itu juga melibatkan perbelanjaan kewangan sewaktu kongres FAM ke-60.

“Keputusan telah dikeluarkan pada 19 Mei lalu dengan SPRM sahkan FAM tidak mempunyai sebarang isu rasuah, salah guna kuasa atau penyelewengan sekali gus kes diklasifikasi sebagai NFA.

“Bagi siasatan polis pula, pihak kami serahkan kepada PDRM untuk selesaikan siasatan mereka dan kita harap isu ini dapat ditamatkan dengan segera,” katanya dalam sidang akbar di Wisma FAM sebentar tadi.

Sebagai rekod, isu melibatkan kemelut dalaman FAM telah tular di media sosial menerusi ‘surat layang’ dalam bentuk e-mel dan aplikasi whatsapp pada awal April lepas.

Empat perkara utama yang dibangkitkan ialah penyalahgunaan kuasa oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman, gaji serta insentif kakitangan, isu membabitkan skuad Harimau Malaya dan projek NTC di Putrajaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI