fbpx

Hujan lebat, ribut landa Selangor, Kedah, Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan hampir seluruh kawasan terutama Pulau Pinang sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, cuaca itu diramal berlaku di kawasan utara di Kedah (Langkawi, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Perak (Larut, Matang, Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar).

Ribut petir dan hujan lebat juga dijangka melanda Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub Bentong dan Rompin di Pahang, dan Kuala Selangor di Selangor.

“Cuaca buruk turut berlaku di kawasan Pantai Timur iaitu Kelantan (Jeli dan Kuala Krai), Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun).

“Selain itu, ribut petir dijangka tertumpu di Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru),” katanya.

Di Sabah pula, cuaca yang sama dijangka berlaku di beberapa daerah Pedalaman (Nabawan) dan Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan).

“Walau bagaimanapun, tiada amaran ribut petir di seluruh negera Perlis, Melaka, Labuan dan Sarawak pada petang ini,” kata MetMalaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI