fbpx

Remaja hilang lepas keluar tonton perlawanan bola sepak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZ FAUZAN ABDUL HALID yang dilaporkan hilang ketika keluar menonton perlawanan bola di kedai makan berhampiran rumahnya di Bandar Putera Indah, Batu Pahat.

BATU PAHAT – BATU PAHAT – Seorang pelajar Sekolah Menengah Agama Parit Raja dilaporkan hilang selepas keluar ke kedai tidak jauh dari rumahnya untuk menyaksikan perlawanan bola sepak pada Sabtu lalu.

Bapanya, Abdul Halid Sugiman, 44, berkata, dia mengambil anaknya, Hafiz Fauzan, 16, dari asrama pada 26 Mei lalu sempena cuti sekolah sebelum membawanya keluar makan malam bersama keluarga.

Katanya, selepas pulang ke rumah, anak ketiga daripada tujuh beradik itu meminta izin untuk keluar menonton perlawanan bola di kedai makan berhampiran rumah mereka di Bandar Putera Indah, di sini.

“Dia (anak) beritahu mahu ke Parit Ju untuk mengambil rakan sekelasnya. Walau bagaimanapun, saya difahamkan rakannya itu tiada di rumah kerana mengikuti rombo­ngan sekolah ke pesta buku di Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Abdul Halid, anaknya keluar dengan me­nunggang motosikal Honda Future 125 nombor pendaftaran JDL1421 berwarna hitam dan menyarung jaket warna sama. Usaha mencari remaja itu dilakukan pada keesokan harinya selepas mendapati Hafiz Fauzan tidak pulang ke rumah.

“Kami menghubungi rakan dan gurunya yang menyertai rombongan sekolah, namun anak saya tidak ikut serta. Rakan-rakan dan saudara terdekat juga tidak tahu di mana anak saya berada,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani mengesahkan menerima laporan remaja itu hilang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI