fbpx

Gosip cerai Anji bukan gimik murahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anji mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung status perkahwinannya dengan Wina.

DIDAKWA sengaja mencipta kontroversi murahan membabitkan rumah tangga, penyanyi Anji mengesahkan isterinya, Wina Natalia sudah mengemukakan permohonan cerai.

Pendedahan penyanyi berusia 45 tahu itu sekali gus menangkis tuduhan orang ramai terhadapnya dirinya.

Menurut Anji, tiada sebab untuk dia menjaja kisah peribadi atau mengada-adakan cerita lebih-lebih lagi membabitkan perkahwinan.

Malah, Anji juga menegur tindakan sebuah laman gosip popular yang memulakan tuduhan berkaitan kisah rumah tangganya.

Tegas Anji, dia dan Wina mengunci mulut mengenai kemelut dilalui mereka sebelum ini kerana menghormati undang-undang.

Menerusi ikatan yang dimeterai pada 2012 mereka dikurniakan dua cahaya mata, namun masing-masing mempunyai anak daripada perkahwinan terdahulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI