fbpx

Fajarbaru dapat kontrak tambahan daripada Jabatan Pertahanan Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chan Kong Choy

PETALING JAYA – Fajarbaru Builder Group Bhd (Fajarbaru) melalui syarikat milik penuhnya, Fajarbaru Builder Sdn. Bhd. (FBSB) bersama Avionics Pty Ltd (APL) telah memperoleh tambahan nilai kontrak berkaitan Kontrak Utama ( Antarabangsa) Dua Fasa dan Kontrak Kerja Kecil (Antarabangsa) daripada Jabatan Pertahanan Australia.

Nilai tambahan kontrak tersebut adalah sebanyak RM15.71 juta. 

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Fajarbaru, Tan Sri Chan Kong Choy berkata, perkembangan ini adalah bukti keyakinan yang telah diberikan oleh Jabatan Pertahanan Australia terhadap keupayaan syarikat untuk memberikan hasil yang luar biasa dan membuka peluang masa depan dalam sektor pertahanan.

“Kami akan terus mengejar peluang tambahan untuk meningkatkan penglibatan kami dalam projek ini, dengan memanfaatkan kekuatan kami yang terbukti dalam projek infrastruktur kritikal dan pembinaan,” katanya dalam kenyataan.

Pada  10 Julai tahun lalu, FBSB dan APL telah dianugerahkan Kontrak Utama (Antarabangsa) Dua Fasa daripada Jabatan Pertahanan Australia untuk membangunkan semula fasiliti ketenteraan di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth.

Melalui pengumuman terkini, jumlah nilai kerja Fajarbaru yang diperoleh untuk projek tersebut berjumlah RM39.05 juta. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI