fbpx

Cuaca cerah, baik hampir seluruh negara hingga petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca cerah dan baik tanpa hujan hampir seluruh negara pagi ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, hujan lebat pada sebelah pagi hanya dijangka di Perak dan di kawasan Pedalaman, Pantai Barat dan Tawau di Sabah.

Sementara itu, bagi cuaca sebelah petang, MetMalaysia menjangkakan ribut petir dan hujan lebat di beberapa tempat melibatkan Perlis, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Johor.

“Hujan lebat berserta ribut petir turut dijangka tertumpu di kawasan pedalaman Kedah, Pahang dan Negeri Sembilan, serta boleh berlarutan sehingga ke awal malam ini.

“Di Sabah pula, cuaca buruk sama dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah melibatkan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat diikuti Sarawak iaitu melibatkan Kuching, Samarahan dan Limbang” katanya.

Dalam pada itu, bagi cuaca sebelah malam pula, ribut petir dan hujan lebat masih diramalkan di beberapa tempat melibatkan kawasan pedalaman Kelantan, Terengganu dan Perak

“Cuaca lembap dan hujan juga diramalkan di beberapa tempat melibatkan Selangor dan Pahang.

“Selain itu, taburan hujan kurang di bahagian Malaysia timur turut dikesan menjelang malam ini, dengan cuaca ribut petir diramalkan hanya tertumpu di Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat di Sabah diikuti Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI