fbpx

Colombia lulus RUU haramkan sukan laga lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail pertarungan laga lembu di bangunan Monumental, Manizales, Colombia. - Foto AFP

BOGOTA – Dewan Kongres Colombia meluluskan rang undang-undang (RUU) semalam yang melarang pertarungan laga lembu.

Ia merupakan sejenis hobi kontroversi, namun popular di negara Amerika Selatan dengan beratus-ratus acara diadakan serta menarik ribuan penonton pada setiap tahun.

Jika diluluskan oleh Presiden berhaluan kiri, Gustavo Petro yang pada masa lalu menyokong sekatan ke atas pertarungan laga lembu, ia akan berkuat kuasa pada 2027.

Dewan rendah meluluskan RUU itu dengan undian 93 menyokong dan dua menentang.

“Jelas sekali, para pemain terlibat akan mengemukakan saman.

“Kami akan mempertahankannya,” kata Senator Andrea Padilla dalam tulisan di platform X dengan menganggap keputusan itu sebagai satu langkah bersejarah. 

Undang-undang itu akan menjadikan Colombia sebaris dengan negara lain di rantau tersebut yang telah mengharamkan pertandingan laga lembu termasuk Brazil, Chile, Argentina, Uruguay dan Guatemala. 

Pada 2018, Mahkamah Perlembagaan mengiktiraf pertandingan laga lembu sebagai sebahagian daripada tradisi budaya Colombia.

Namun, di ibu negara, Bogota yang merupakan salah sebuah bandar raya laga lembu tertua di Amerika, telah melarang mencederakan atau membunuh haiwan itu. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI