fbpx

Calon datuk bandar Mexico maut menjelang pilihan raya 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN di sebuah perhimpunan umum ketika kempen calon presiden, Claudia Sheinbaum diadakan di Jalisco semalam. - AFP

BANDAR RAYA MEXICO – Seorang calon datuk bandar di negeri Morelos, tengah Mexico dibunuh semalam, manakala seorang lagi cedera akibat tembakan di barat negeri Jalisco, kata kerajaan kedua-dua negeri.

Serangan itu berlaku kurang seminggu sebelum rakyat Mexico keluar mengundi untuk memilih presiden baharu dan 20,000 pegawai awam lain, dalam kempen yang dicemari oleh pembunuhan 30 calon, demikian menurut pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Data Civica.

Di negeri Morelos, mangsa dikenalpasti sebagai Ricardo Arizmendi, calon datuk bandar Cuautla, kata kerajaan negeri dalam satu kenyataan di media sosial.

Sementara itu, di negeri Jalisco, calon Gilberto Palomar yang bertanding jawatan datuk bandar perbandaran Encarnacion de Diaz dan dua pembantunya ditembak di dalam sebuah rumah, tulis penyelaras keselamatan negeri, Ricardo Sanchez Beruben di platform X.

Menurut kerajaan Mexico, sejak permulaan kempen pilihan raya pada September 2023, 22 calon telah dibunuh. Angka dikeluarkan itu lebih rendah daripada kiraan Data Civica.

Presiden Lopez Obrador berikrar bahawa lebih 27,000 tentera, termasuk anggota tentera dan anggota Pengawal Kebangsaan, akan dikerahkan untuk menjamin keselamatan dalam pilihan raya umum Ahad ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI