fbpx

10 tahun kahwin tiada rezeki anak, Marsha nak cuba IVF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Marsha terbuka untuk mencuba kaedah rawatan kesuburan In-vitro (IVF) demi mendapatkan cahaya mata.

PETALING JAYA – Selepas 10 tahun berkahwin tanpa dikurniakan cahaya mata, penyanyi Marsha Milan mengakui mahu mencuba kaedah rawatan kesuburan In-vitro (IVF), namun belum berkesempatan berbuat demikian.

Marsha atau nama sebenarnya Marsha Milan Londoh, 39, berkata, dia dan suami masih mencari waktu sesuai memandangkan proses rawatan tersebut menuntut tempoh masa yang panjang.

“Sebenarnya sudah ada perancangan untuk IVF dari tahun lepas tetapi saya tiada masa lagi, seperti semua maklum kaedah berkenaan memerlukan komitmen penuh dari segi waktu.

“Perkara ini pun dah bincang dengan suami, dia setuju sahaja. Kami sudah berjumpa pakar-pakar sebelum ini, tinggal lagi cari waktu untuk lakukannya sahaja.

“Kalau nak cakap soal tarikh itu pun saya belum tahu, rawatan ini rumit apatah lagi untuk wanita kerana memerlukan rehat dalam jangka panjang, banyak benda saya kena fikir sebenarnya,” katanya kepada Kosmo! Online, baru-baru ini.

Tambah pelantun lagu Darah itu, dia juga terbuka mengenai pengambilan anak angkat andai benar hidupnya ditakdirkan tiada rezeki zuriat meskipun suaminya menasihati agar tidak berfikiran jauh.

“Kalau Allah kata tunggu, kami perlu reda. Suami pula tidak bagi saya fikir terlalu jauh lebih-lebih lagi soal pengambilan anak angkat.

“Saya tidak kisah mengambil anak angkat dan pernah terdetik untuk lakukan perkara tersebut jika tiada rezeki dapat zuriat sendiri.

“Suami pun tidak tergesa-gesa kerana kami pun belum tua sangat dan masih ada masa,” ujarnya.

Marsha mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada 2015. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI