fbpx

Tukang gunting didakwa terlibat jenayah rompakan bersenjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membawa Mohamad Altaf Isyraf (tengah) untuk didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan bersenjata kira-kira dua minggu lalu. FOTO ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Seorang tukang gunting didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan bersenjata secara berkumpulan dalam kejadian kira-kira dua minggu lalu.

Tertuduh, Mohamad Altaf Isyraf Zazlan, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama tiga orang yang masih bebas didakwa melakukan rompakan berkumpulan bersenjata terhadap Muhammad Safuan Hariss Ibrahim, 26 sehingga mendatangkan ketakutan kepada mangsa apabila dirampas sebuah motosikal, tiga unit telefon bimbit dan kerongsang emas milik ibu lelaki tersebut.

Kesalahan itu dilakukan di Kampung Wakaf Stan, Kubang Kerian di sini kira-kira pukul 11 pagi pada 16 Mei lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Edabayu Subhan manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Zulfaqar Albasyar dan Taufik Rusli.

Muhamad Zulfaqar dalam rayuannya memohon jaminan sebanyak RM15,000 sebelum mahkamah membenarkan jumlah ikat jamin tersebut dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 25 Jun depan untuk sebutan semula kes dan tertuduh membayar jaminan yang ditetapkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI