fbpx

Terbuka Singapura : Jun Hao langkah kanan benam Kanta Tsuneyama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao. Foto: SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao membuka kempen Terbuka Singapura dengan langkah kanan apabila mara ke pusingan kedua selepas melakukan kejutan mengatasi pemain ranking ke-28 dunia dari Jepun, Kanta Tsuneyama menerusi kemenangan straight set 21-13, 21-16, hari ini.

Jun Hao yang turun dengan status ranking ke-36 dunia itu turun mampamerkan persembahan terbaik apabila hanya memerlukan 45 minit untuk mencatat kemenangan pertama ke atas Tsuneyama di Stadium Dalam Dewan Singapura.

Kemenangan tersebut penting bagi Jun Hao terutama untuk mengubati kekecewaan di Malaysia Masters selepas dia gagal ke suku akhir apabila tumpas ketika berdepan pemain China, Li Shi Feng menerusi keputusan 15-21, 16-21.

Ketika ditanya mengenai perlawanan menentang Tsuneyama, Jun Hao merasakan penting buatnya untuk meraih kemenangan pada pertembungan pertamanya itu.

“Sememangnya penting buat saya mencatat kemenangan ke atas Tsuneyama terutama pada pertembungan pertama saya di pentas ini,” katanya.

Bagaimanapun, pemain berusia 24 tahun itu perlu melakukan persiapan terbaik kerana selepas ini dia kemungkinan akan bertemu sama ada pilihan ketujuh kejohanan dari Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting atau perseorangan No.1 Malaysia iaitu Lee Zii Jia pada Khamis nanti.

Sementara itu, turut melangkah mara ke pusingan kedua adalah beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang menewaskan gandingan Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han 21-18, 21-13 pada pertembungan kesembilan antara kedua-dua beregu itu.

Pertemuan itu adalah yang pertama dalam tempoh lima tahun dengan aksi terakhir mereka adalah di pentas suku akhir Terbuka Macau 2019 dan perlawanan tersebut dimenangi oleh Sze Fei-Nur Izzuddin menerusi kemenangan straight set 21-12, 21-16.

Sze Fei-Nur Izzuddin yang berada di ranking ke-14 dunia dijadual bertemu pilihan kelapan kejohanan Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi di pusingan kedua selepas gandingan China itu menewaskan Christo Popov-Toma Junior Popov dari Perancis 25-23, 21-10. -KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI