fbpx

Siapa tebuk lubang pada skrin Gunung Fuji?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEKERJA siap memasang jaring untuk menghalang pelancong asing yang berkelakuan buruk berkumpul dan merakam gambar Gunung Fuji di bandar Fujikawaguchiko, wilayah Yamanashi pada 21 Mei lalu. – AFP

TOKYO –  Sebuah bandar di Jepun yang membina penghadang besar untuk menghalang pelancong merakam gambar Gunung Fuji, menyatakan hari ini bahawa 10 lubang kecil telah ditebuk pada skrin jaringan.

Penghadang itu dipasang seminggu lalu di tempat bergambar popular di bandar Fujikawaguchiko.

Sebelum ini, penduduk setempat mengadu tentang kehadiran pelancong asing yang membuat bising, membuang sampah merata-rata, melakukan pencerobohan dan melanggar peraturan lalu lintas.

Seorang pegawai di bandar Fujikawaguchiko berkata, skrin diperbuat daripada jaring hitam itu mencapai matlamatnya untuk menyuraikan orang ramai di sebuah laluan sempit, setentang dengan sebuah kedai serbaneka.

Walaupun seorang pengawal keselamatan  ditempatkan di kawasan itu  antara pukul 10.00 pagi hingga 4.00 petang, lubang-lubang kecil itu dihasilkan pada waktu pagi atau petang ketika tiada sesiapa yang memerhati, katanya.

“Ini mengenai adab. Ini memalukan,” katanya mengenai lubang-lubang tersebut. Ia cukup besar untuk memuatkan jari tetapi mungkin terlalu kecil untuk merakam gambar gunung berapi diliputi salji itu yang tersergam indah di  belakang kedai sebaneka.

“Saya cuba meletakkan kamera pada salah satu lubang ini. Adakah saya dapat merakam gambar yang bagus? Tidak, saya fikir jaring masuk ke dalam bingkai,” kata pegawai itu.

Sejak jaring berukuran 2.5 kali 20 meter itu dipasang pada Selasa lepas, ada beberapa pelancong yang  datang untuk melihat skrin itu sendiri.

“Kami telah mencapai matlamat untuk menghalang orang ramai daripada ‘berkampung’ di sana,” tambahnya. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI