fbpx

Ribut petir di Kuala Lumpur, Melaka petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir dan hujan lebat tertumpu di ibu negara dan Alor Gajah, Melaka petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Baharu).

“Di Negeri Sembilan, hujan tertumpu di Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin.

“Di Pahang, hujan lebat tertumpu di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Kuantan dan Rompin serta Batang Padang dan Muallim di Perak,” katanya.

Selain itu, cuaca buruk turut diramalkan berlaku di Sarawak di kawasan Miri (Telang Usan) dan Limbang.

“Hujan lebat di Sabah pula melibatkan Pedalaman (Sipitang dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu,Tuaran dan Ranau), Tawau (Kunak) dan Sandakan sehingga 6 petang ini,” ujarnya.

Tiada amaran ribut petir di kawasan utara. Amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak sehingga 6 petang ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI