fbpx

[VIDEO] Peniaga wanita mengaku miliki 102 peralatan lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh (kanan) hadir ke Mahkamah Majistret Balik Pulau, hari ini. Foto oleh NOOR HASLIZA NUSI/KOSMO!

BALIK PULAU – Seorang peniaga wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan memiliki 102 unit peralatan lucah berupa mainan seks, Februari lalu.

Sarah Phoon, 29, membuat pengakuan tersebut selepas mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Chia Huey Ting.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang masih bujang didakwa memiliki alat-alat lucah iaitu berupa peralatan mainan seks sebanyak 102 unit di premis yang beroperasi di sebuah pusat belah-belah popular di Bayan Lepas, kira-kira pukul 2.30 petang, 6 Februari lalu.

Kes tersebut dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Dalam Negeri (KDN), Mahadzir Saad manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Teh Yi Kai.

Dalam prosiding, Yi Kai memohon mahkamah mengurangkan jaminan berikutan tertuduh perlu menanggung ibu bapa serta dua adiknya yang sedang menuntut di sebuah kolej swasta selain hanya memperoleh pendapatan RM1,800 sebulan.

Mahkamah kemudiannya memerintahkan tertuduh membayar denda sebanyak RM2,000 dan dua bulan penjara jika gagal membayar denda yang dikenakannya.

Tertuduh bagaimanapun telah membayar denda yang dikenakannya itu sebaik pertuduhan terhadapnya selesai dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI