PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca cerah dan baik tanpa hujan di seluruh negara pagi ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, hujan lebat pada sebelah pagi hanya dijangka di Perak, Perlis dan Johor serta Tawau di Sabah.
Sementara itu, bagi cuaca sebelah petang, MetMalaysia menjangkakan ribut petir dan hujan lebat di beberapa tempat melibatkan Perak, Pahang, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Johor.
“Hujan lebat berserta ribut petir turut dijangka tertumpu di kawasan pedalaman Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan, serta boleh berlarutan sehingga ke awal malam ini.
“Di Sabah pula, cuaca buruk sama dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah melibatkan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat diikuti Sarawak iaitu melibatkan Miri dan Limbang” katanya.
Dalam pada itu, bagi cuaca sebelah malam pula, ribut petir dan hujan lebat masih diramalkan di beberapa tempat melibatkan kawasan pedalaman Kelantan, Terengganu dan Pahang.
“Cuaca lembap dan hujan juga diramalkan di beberapa tempat melibatkan kawasan pedalaman Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor serta Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“Selain itu, taburan hujan kurang di bahagian Malaysia timur turut dikesan menjelang malam ini, dengan cuaca ribut petir diramalkan hanya tertumpu di Pedalaman, Tawau dan Sandakan di Sabah diikuti Miri dan Limbang di Sarawak,” katanya. – KOSMO! ONLINE