fbpx

Korea Selatan kecam pelancaran satelit Pyongyang    

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR pada 21 November 2023 menunjukkan pelancaran satelit Malligyong-1 di wilayah Phyongan Utara, Korea Utara. – STR/ KCNA VIA KNS/AFP 

SEOUL – Korea Selatan hari ini mengecam percubaan gagal Korea Utara untuk meletakkan sebuah satelit perisikan kedua di orbit sebagai tindakan provokasi yang mengancam kestabilan serantau. 

Korea Utara menyatakan lewat semalam bahawa roket membawa satelit Malligyong-1-1 meletup beberapa jam selepas pelancarannya,  dipercayai akibat masalah enjin.

Pyongyang mendakwa berjaya meletakkan sebuah satelit perisikan di orbit pada November 2023 selepas dua percubaan yang gagal awal tahun sama.

Badan penyiaran Jepun, NHK hari ini menyiarkan rakaman dramatik menunjukkan objek berapi di langit malam yang kemudian meletup menjadi bebola api. Insiden itu dirakam di kawasan  timur laut China pada waktu pelancaran satelit Pyongyang.

Pejabat Keselamatan Negara Korea Selatan menyatakan, pelancaran itu melanggar resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tanpa mengira hasilnya dan merupakan tindakan provokasi.

Korea Utara menyatakan bahawa Malligyong-1 yang diletakkan di orbit Bumi pada November 2023 berfungsi dengan jayanya, namun agensi perisikan Seoul menafikan dakwaan itu.

Seoul berkata, pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un mendapat bantuan  teknikal Russia untuk menjayakan pelancaran Malligyong-1 sebagai pertukaran kepada Pyongyang menghantar senjata kepada Moscow untuk digunakan dalam perang di Ukraine. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI